Dalam bidang botani, daun ialah sebuah Organ (biologi) tumbuhan yang bertumbuh di atas tanah dan yang mengkhusus dalam fotosintesis. Untuk tujuan ini, daun biasanya berbentuk leper untuk menghasilkan permukaan yang luas supaya sel-sel (biologi) yang mengandungi kloroplas bukan sahaja dapat didedahkan kepada cahaya, tetapi juga untuk membenarkan cahaya melantasi sepenuh tisu-tisunya. Dalam kebanyakan kes, daun-daun juga merupakan bahagian tumbuhan untuk respirasi, transpirasi, dan gutasi. Daun-daun boleh menyimpan makanan dan air, dan diubah suai oleh sebilangan tumbuhan untuk kegunaan lain. Struktur yang sama untuk paku-pakis dirujuk sebagai "pelepah". Daun-daun merupakan sebahagian makanan manusia yang penting sebagai sayur-sayuran berdaun.
Struktur daun angiosperma yang lengkap terdiri daripada:
* petiol (tangkai daun);
* lamina (biasa dipanggil "daun" dalam bahasa harian); dan
* stipul (struktur yang kecil di kiri kanan pangkal petiol).
* aksil (sudut di antara daun atau batang dengan paksi tempat kemunculannya.)
Bukan setiap spesies tumbuhan mempunyai daun yang terdiri daripada kesemua bahagian struktur tersebut. Dalam sebilangan spesies, stipul tidak ketara atau langsung tidak ada. Kekadang juga, daun tidak mempunyai tangkai atau laminanya tidak leper. Keragaman yang berbagai-bagai yang ditunjukkan oleh struktur daun dari satu spesies ke satu spesies diperihalkan dengan terperinci di bahagian jenis, susunan, dan bentuk daun di bawah.
Sebagai satu organ tumbuhan, daun biasanya terdiri daripada tisu-tisu berikut:
* epidermis yang melitupi permukaan daun atas dan bawah;
* klorenkima dalaman yang digelarkan mesofil; dan
* susunan urat (tisu vaskular).
Leaf morphology.svg|thumb|250px|Morfologi daun.
Terdapat beberapa jenis daun iaitu daun tunggal dan daun majmuk.
Terdapat pelbagai jenis hujung daun (leaf apices).Leaf apices.
* Kedudukan dan Penyusunan
Mapyourinfo translations allows you to search a foreign language with your own language (translate search) and receive the content also in your language
